Pinggan lama terapi nostalgia

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera 

Korang suka tak guna pinggan mangkuk lama (PML) hidang waktu makan? 

Kalau sebut PML motif corak bunga yang   paling femes tentunya bunga Kangkung & Kekwa Hitam.Sebenarnya kalau teroka dunia PML ni memang banyak lagi motif bunga lain yang pasti akan menambat hati peminat & pengumpul . Bermulanya minat Die Raf dengan penggunaan pinggan mangkuk lama ni semasa arranged tema birthday masakan kampung . Boleh je nak hidang dalam pinggan biasa tapi nak nampak lagi menyerlah presentation tu Die Raf kerja keras mulakan operasi hunting barang lama πŸ’ͺπŸ’ͺ

Cari punya cari yang kita minat rupanya banyak dah sold out.. teruskan lagi mencari pm seller² barang lama. Akhirnya ketemu juga. Kalau zaman dulu, nenek dengan mak Die Raf beli kat pekan je harga sen² tp jangan terkejut harga PML zaman sekarang pinggan makan sahaja dah mencecah dalam rm25 sekeping itupun kalau  line gold atau silver tepi pinggan


terang. Kalau pudar sikit harga dalam rm20 kebawah cam tu.  Nak dapat yang murah kena rajin sikitlah hunting kat rumah ² orang kg itupun kalau masih simpan lagi.  





Makanan dengan PML tak dapat dipisahkan πŸ˜…. Selain itu, boleh jadi terapi juga tengok corak bunga bunga kangkung ni. Disebaliknya.. tersimpan nostalgia menggamit kenangan waktu dulu². 

Oops sebelum terlupa.. BK dah ada keluaran semula atau repro corak ni. Hati² memilih jika ingin mencari yang ori. Die Raf dah terkena bila ode online. Kualiti lain ringan pastu line tepi pinggan x de pastu bunga tiruan memang hampa terukπŸ˜ͺ😭.Hai la nasibπŸ₯΄..Sebelum beli nasihat Die Raf tanya dulu dengan seller untuk kepastian ori ke repro okey.



Kekwa Hitam pun tak kurang serlahnya.. lagi berselera makan dalam PML.  Spoil mood sape yang diet πŸ˜‚.

Setakat ini saje untuk Cite perkongsian motif bunga PML.  Sehingga berjumpa lagi entry seterusnya dengan corak yang lain pulak. πŸ‘‹


Ulasan

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pinggan kekwa hitam & pink